Dengan kadar keuntungan yang sangat kompetitif di pasaran, Pembiayaan Peribadi Kecemasan & Pembiayaan Bai Al Inah adalah direka khas bagi memenuhi keperluan kewangan ahli.
KOPERAK merupakan sebuah koperasi kredit yang memberikan pembiayaan kepada anggota-anggotanya yang merupakan kakitangan Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).
Berfungsi sebagai sebuah koperasi kredit, perkhidmatan pembiayaan ini telah bermula sejak tertubuhnya KOPERAK pada tahun 1975. Dengan perkhidmatan ini, KOPERAK dapat membantu anggota-anggota yang memerlukan sumber kewangan sekaligus dapat meningkatkan keuntungan KOPERAK dari semasa ke semasa. KOPERAK memberikan pembiayaan berasaskan Bai Al Inah.
Berdasarkan permintaan daripada anggota yang semakin meningkat daripada segi pembiayaan maka KOPERAK telah meningkatkan jumlah maksimum pembiayaan anggota dari RM10,000.00 kepada RM30,000.00.