Pada 29 November 2025 (Sabtu), Koperasi Perbadanan Perak Berhad (KOPERAK) dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah menganjurkan Program Jualan Rahmah bertempat di Petronas Lebuh Meru Raya, Ipoh. Program ini menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada para ahli serta komuniti setempat. Pihak KOPERAK merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir terutama barisan urus setia yang bertungkus-lumus menjayakannya. Semoga program ini dapat membantu meringankan perbelanjaan harian serta memberikan manfaat berterusan kepada masyarakat.