KOPERASI PERBADANAN PERAK BERHAD

BERITA & AKTIVITI

KEJOHANAN TENPIN BOLING SERTA PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK SEMPENA SAMBUTAN 50 TAHUN KOPERAK DAN KELAB WARGA PKNPk
Ipoh, 6 Disember 2025 – Koperasi Perbadanan Perak Berhad (KOPERAK) dengan kerjasama Kelab Warga Kumpulan PKNPk telah menganjurkan Kejohanan Tenpin Boling serta Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak bersempena meraikan Sambutan Ulang Tahun ke-50 penubuhan KOPERAK dan Kelab Warga Kumpulan PKNPk bertempat di Ipoh Bowl, Aeon Kinta City.
Program kolaborasi ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari anggota KOPERAK dan Ahli Kelab Warga PKNPk dengan mencatatkan sejumlah 100 penyertaan bagi Kejohanan Tenpin Boling dan 50 penyertaan bagi pertandingan mewarna kanak-kanak.
Penghargaan tidak terhingga kepada Ahli Lembaga KOPERAK & Pengurusan Tertinggi Kelab Warga Kumpulan PKNPK atas sokongan, kepercayaan dan galakan dalam penganjuran program ini. Tidak lupa juga kepada urusetia yang terdiri daripada Pengurusan KOPERAK dan Kelab Warga PKNPk yang telah bertungkus-lumus memastikan persediaan, perjalanan acara dan penyelarasan teknikal berjalan dengan lancar.
KOPERAK dan Kelab Warga Kumpulan PKNPk berharap agar penganjuran program-program sebegini dapat terus dilaksanakan di lain masa supaya ianya dapat meningkatkan kerjasama di antara anggota dan ahli serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dalam kalangan anggota dan kelab warga PKNPk.

This will close in 0 seconds