Pada 18 Ogos 2025 bertempat di Hotel Casuarina @ Meru, Pengerusi, Setiausaha, Anggota Lembaga KOPERAK serta Pengurus KOPERAK telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA) yang diwakili oleh Tn. Hj. Alimen bin Ahmad (Setiausaha) dan En. Mohd Hafiz bin Abd Halim (Pegawai Eksekutif Keanggotaan & Promosi). Program yang memberi fokus kepada Promosi Keanggotaan & Syer ini telah berlangsung dengan penuh mesra dan berinformasi. Hasil daripada perjumpaan tersebut, kedua-dua pihak dapat berinteraksi secara bersemuka, membina rangkaian kerjasama, bertukar pandangan dan pengalaman, berdialog secara langsung, serta berkongsi ilmu koperasi yang bermanfaat. Selain itu, perjumpaan ini turut mengeratkan kefahaman, menjalin ukhwah dan mencipta sejarah baharu dalam hubungan strategik antara kedua-dua koperasi. KOPERAK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak KOPSYA atas kesudian berkongsi pengalaman serta membuka ruang kerjasama strategik yang diyakini akan memberi manfaat kepada pembangunan koperasi pada masa hadapan. Semoga jaringan kerjasama ini terus diperkukuhkan demi kelestarian gerakan koperasi. #KOPERAK#KOPSYA#KerjasamaStrategik#Koperasi