IPOH, 16/12/2024 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak menganjurkan Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Negeri Perak Tahun 2024 yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak di Royal Perak Golf Club (RPGC),Ipoh.
Turut hadir, YBhg. Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan bin Jalal, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, YB Dato’ Salbiah binti Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Yang Berusaha Encik Kumaresan a/l Lingam, Timbalan Pengarah Sektoral 1, Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak, Yang Berusaha Tuan Haji Azam bin Sulaiman, Naib Ketua Pegawai Eksekutif Dasar & Pembangunan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, ahli-ahli koperasi dan rakan-rakan media.
Dalam majlis berkenaan, sebanyak 11 koperasi di negeri Perak telah menerima Anugerah Profil 100 Koperasi terbaik Malaysia pada tahun 2024 yang dinilai mengikut aspek pengurusan kewangan, kompentensi pengurusan, pematuhan perundangan, kelestarian perniagaan dan kepuasan anggota.
Alhamdulillah Syukur Kehadrat Ilahi KOPERAK berada pada kedudukan ke-34 terbaik Malaysia dan ke-2 terbaik negeri Perak bagi tahun 2024.
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA KOPERAK
Semoga dengan anugerah ini akan membakar semangat KOPERAK untuk lebih berusaha, berdaya maju dan berjaya di masa-masa akan datang.
#koperasi
#KOPERAK
#SKM
