Pada 22 Jun 2024 (Sabtu), Koperasi Perbadanan Perak Berhad (KOPERAK) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-42 di Casuarina Convention Centre 1, Hotel Casuarina Meru, Bandar Meru Raya, Ipoh Perak.
MAT telah dirasmikan oleh Encik Mohd Akmal bin Ibrahim, Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Perak, Wilayah Negeri.
Pada MAT tersebut, KOPERAK buat julung kalinya melancarkan Laman Sesawang dan telah dirasmikan oleh Encik Mohd Akmal bin Ibrahim selaku Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Perak, Wilayah Negeri, Encik Mohamad Onn bin Othman wakil daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Encik Megat Ghazali bin Abdul Karim selaku Pengerusi KOPERAK.
KOPERAK telah menjemput syarikat-syarikat seperti Bank Islam Malaysia Berhad, Celcom Sdn Bhd, Takaful Ikhlas General Berhad dan Etika Takaful General Berhad untuk membuka kios bagi memberi peluang kepada syarikat-syarikat ini untuk mempromosikan produk-produk baru kepada para anggota yang hadir.
Merujuk kepada perkara 37(1) dalam Undang-undang Kecil KOPERAK dimana 1/3 dari Anggota Lembaga (4 orang) hendaklah mengosongkan jawatan pada setiap tahun di dalam MAT. Pertandingan bagi jawatan Anggota Lembaga KOPERAK pada MAT kali ini menyaksikan seramai 9 orang anggota bertanding untuk jawatan tersebut.
Keputusan menyaksikan 4 anggota yang telah dipilih sebagai Anggota Lembaga pada MAT kali ini adalah seperti berikut : –
1. Encik Akmal bin Mohamed Isa
2. Puan Ika Riana binti Kamaruddin
3. Encik Zul Effizal bin Mohamad Saad
4. Encik Azman bin Zulkifli
Penyampaian sumbangan hadiah pelajaran juga telah diberikan kepada anak-anak anggota yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan tahun 2023, melanjutkan Pelajaran ke IPTA/ IPTS dan kepada anak-anak anggota yang berjaya mewakili negeri atau negara dalam bidang sukan.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, KOPERAK telah menyediakan hadiah cabutan bertuah buat anggota-anggota yang hadir sebagai tanda sokongan kepada KOPERAK. Hadiah utama adalah Televisyen 55 inci (Toshiba), Ketuhar Elektrik Elba dan pelbagai hadiah yang menarik.
KOPERAK membayar dividen sebanyak 8% kepada para anggota bagi tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2023.



